BAB SATU
Suasana aman damai di atas bangunan blok c itu.Semua penghuni blok itu keluar menghirup udara diatas blog itu termasuk juga AOB.Mereka tidak mahu terlepas tuk menghirup udara itu.Mereka seperti biasa lepak di port mereka iaitu dihujung blok itu.Terdapat pokok asam jawa di tepi dinding blok itu.Seperti biasa ahli AOB duduk bersila disitu.Pengerusi mereka Anna atau nama sebenarnya Annessa’ Nabihah duduk berlunjur sambil memegang sebekas ais-krim yang telah dibelinya di ko-op tadi.Naib pengerusi mereka Farisy atau Farisya Fariena duduk bersila menghadap Anna sambil lepak mungkin sedang memikirkan sesuatu plan agaknya.Empat lagi ahli mereka yang lain duduk bersila sambil memegang buku mathematics membuat homework yang tertunggak namun sekarang tidak lagi digelar homework tapi schoolwork.
“Korang ni tak rasa boring ke duduk lepak macam ni,dah naik lenguh kaki aku duduk bersila macam ni.Apa kata kita pergi makan kat kantin , perut aku dah nyanyi ni nanti hujan karang susah lah kita ’’.Omel Arissa Adliena iaitu naib bendahari AOB.
“Kau ni kan , hari-hari makan padan la perut kau tu buncit semacam je”.Marah Farisy apabila mendengar yang Arissa mengajak mereka makan sekali lagi.Padahal baru sekejap tadi mereka makan roti yang dibawa oleh Qahiera.
“A’a lah Arissa tak boleh tau tak makan banyak-banyak nanti masa belajar kau akan jadi mengantuk,nanti tak pasal-pasal kau kena marah dek ustazah macam hari tu”.Sokong Qahiera.
“Ala Q Arissa ni makan ke tak makan ke sama je.Tetap dok terbedak tidur cam kerang dah takder isi,gempa bumi pun takkan sedar punya kecuali kalau kita letak semua novel kleksi NB , confirm dia sedar”.Ucap pengerusi mereka.Pengerusi ni kalau bab –bab nak kenakan orang , dialah ratu,nak wat camner time cikgu BM ketuk meja dia masa dia tengah tidur and then cikgu tu tanya dia tadi duk buat apa,pastu dia pergi angkat kepala kat cikgu tu macam lah cikgu tu geng dia.Anna , Anna tak habis – habis buat masalah.
“Amboi – amboi berbudi nya bahasa budaya kita,sedap-sedap korang buli aku eh.Taper – taper ada esak ada tangis hari esok aku buat korang nangis”. Marah Arissa sambil menjuihkan bibirnya tanda protes.Q hanya menggeleng kepala melihat teman-teman nya,yang lain sudah ketawa terbahak-bahak sampai kan Anna dah terguling pun.
“Korang chopp-chopp aku dah sakit perut ketawa ni .Dah-dah lah kita ayat si Arissa ni,karang semua orang menangis esok kan”.Omong Anna sambil menutup mulutnya untuk menahan ketawa.
Setelah mendengar arahan pengerusi mereka,AOB senyap walaupun ada masih memegang mulut mereka .
“Ha…. Macam tu lah baguih,takdenya orang menangis pagi esok kena ngan aku.Time kasih pengerusi”.Ucap Arisssa sambil mengucapkan terima kasih kepada pengerusi mereka.
“Oooiiittt….. dah pukul 7:45 pagi lah.Jom lah masuk kelas pasni masa Bahasa Inggeris , aku tamau lah kena peril ngan Teacher Mimi macam hari tu lagi”.Celah Q apabila melihat jam tangan nya yang sudah menunjukkan pukul 7:45 , Q ni memang berdedikasi orang nya tapi kalau bab-bab buat pelan yang cantek kalah lah pengerusi diorang.
Loceng waktu rehat sudah berbunyi tiga kali,kelihatan AOB masih lagi berada di dalam kelas kerana mesyuarat mereka masih belum selesai.
“Kay … memandangkan aku rasa korang suma dah faham kita tutup mesyuarat kali ini dengan tasbih kafaroh dan surah al-asr”.Pengerusi mereka memberi arahan.Memang sudah menjadi kebiasaan bagi mereka setelah tamat nya sesuatu mesyuarat mereka mengakhiri dengan tasbih kafaroh dan surah al-asr.Inilah bertuahnya mereka mendapat pengerusi macam Anna ni , kekadang lawak habis-habisan kekadang siyes habis-habisan,tapi diorang tak pernah lagi tengok pengerusi diorang marah tahap gaban kalau biasa-biasa adalah sebab Arissa yang selalu main-main.
Seperti biasa mereka pergi membeli makanan dan lepak di port biasa untuk mengelakkan kebisingan di kafe mereka.
“Anna aku cakap kau jangan marah ek??”.Tanya Syafiqah atau dikenali dengan nama Syafiq.
“Ala Syafiq tanya je la,kau ingat aku ni makan orang ke??”.Balas Anna untuk memberikan ruang pada Syafiq untuk bertanya.
“Umi kau kan tak marah ke kalau duit sekolah tu kau buat beli ais-krim je selalu, sepanjang kita berkenalan aku tak pernah tengok kau makan nasi.Asyik-asyik ais-krim,cloud 9 , coklat hudson dan air c2 je aku tengok kau bedal kalau tengok kau makan nasi tak pernah rasanya.Kat rumah kau tak makan nasi jugak ke??”.Tanya Syafiq dengan ragu-ragu kerana takut kalau-kalau pengerusi mereka naik angin sebab masa first time diorang makan sekali pernah Hana membangkitkan soalan itu namun pengerusi mereka diam sahaja.
“Aduss…. susah lah macam ni kan,kat umah pun umi dan walid aku membebel kat sini pun ada yang membebel….
“Tengok kau dah marah tu tak pe larr, abaikan soalan tu,takut aku”.Sampuk Syafiq tanpa sempat Anna menghabiskan ayat nya itu.
“Ya allah… kau nie kan , tunggu aku habis ayat dulu la kalau mahu menyampuk,kang aku ketuk kang baru tau”.Omel Anna.
“Ye la…. Kau sambung apa yang kau nak cakap dulu,aku tak kan menyampuk dah .Janji…”. Ucap Syafiq.
“Well… actually aku ni kan memang tak suka makan nasi, aku boleh dikatakan sebagai anti nasi,tapi aku bukan benci nasi sebab diet kay… aku just tak suka makan nasi.Kat umah aku tu, abang , kakak , walid dan umi aku pun dah lama pot pet pot pet, tapi aku amalkan DPS * derk pekak selamba.Diorang selalu paksa aku makan nasi,tapi aku tak nak , hari tu walid ugut aku.Dia kata kalau aku tak makan nasi,dia nak tarik phone , mp3 , laptop , dan dia akan kurangkan elaun aku tiap-tiap bulan . Aku pun setuju lah nak makan nasi tapi satu kali sehari je tak lebih kalau tak aku akan memberontak.Amacam besh tak lepak time story aku ni,ni kan kita tengah lepak bukan duduk atas katil so aku panggil citew aku ni lepak time story”.Bebel Anna sambil tersenyum sumbing.
. “Ek ena Anna kau ni tu pun nak berbangga.Ada apa sangat lah ngan lepak time story kau tu.Aku punye lagi top tahap gaban”.Celah Hana.
“Ek eleh Hana , aku tau la kau tak puas hati sebab kau tanya hari tu aku amalkan DPS je.Kau jeles kan…”.
“Tak der masa nya aku nak jeles ngan kau,perabih karen je”.
“Dah-dah lah korang bertekak nya .Aku nak pergi basuh tangan ni…saper nak ikut??”.Tanya Q.
Selepas itu Hana , Q dan Arissa bangun meninggalkan Anna,Farisy dan Syafiq yang masih belum menghabiskan makanan mereka lagi.

No comments:
Post a Comment