sometimes choc makes we feel better...
so u all must eating cloud9 kay??
and don't forget to follow me....


kenkorang pernah terfikir apa maksud CINTA?
memang sungguh aku tatau...
aku just tahu menulis tentang ceritera CINTA...
maksud cinta aku memang tatau...



whether ayat-ayat aku ni macam orang pernah ada pengalaman dalam PERCINTAAN ini tapi sungguh aku katakan yang aku tak pernah bercinta....


aku belajar semua ni daripada novel....
sebab novel adalah inspirasi hidup aku...

dah banyak aku cakap nie...
by the way.... sebelum aku blahh...
aku nak pesan satu je...
masa korang baca cerita dalam blog aku ni..
korang kena ada cloud9 skali...
confirm syok makan cloud9 sambil baca cerita ni..
selamat membaca ea...
don't forget to follow....
SENORITA

Wednesday 20 July 2011

cinta rahsia ( part one )

                                                                  cinta....
                                                                         kata orang cinta itu buta...
                                                             namun cinta tidak buta....
                                                                           hanya kita yang buta...


                       CINTA RAHSIA ( PART ONE )                
“Syifah tunggu aku!”.Jerit Nafissa kerana sebal kawannya yang bernama Kasyifah Iman meninggalkan dirinya terkapai-kapai seorang bersama Musyrif Danial atau abang Riff.
“Syifah kau ni apasal pergi tinggalkan aku dengan abang Riff ?”.Soal Nafissa yang sebal.
“Ler? Aku just bagi chan kat kau je supaya kau boleh mengorat abang Riff kau tu”.
“Hoii…. Kau ingat aku ni lapaq sangat ka?, setakat abang Riff tu , seribu datang pun tak hingin aku Nur Kasyifah Iman Binti Mohd Adnan!”.Marah Nafissa.
“Ye ke? Abis yang dalam diari kau yang kau tulis I love abang Riff forever… ?”.Soal Syifah  sambil mengangkat kan kening double jerk nya yang famous itu.Naffisa Cuma terdiam. “Naffisa , aku tahu yang kau dah jatuh cinta pada abang Riff, aku boleh faham apa yang kau rasa sebab aku pun perempuan.Kau dok sah duk sorok-sorok kan lah perasaan kau tu.Naffisa kau kena ingat yang semua orang boleh jatuh cinta, semua orang takkan terlepas dari panahan cinta.Aku pun akan merasa perasaan cinta suatu hari nanti kalau umur aku panjang”.
“Syifah, aku cintakan abang Riff kau tahu tak, aku sangat sayangkan dia, bila aku nampak dia ngan pompuan lain aku rasa macam nak marah je, aku tak boleh bayangkan seandainya jika dia tiada, mungkin aku akan mati kot”.
“Nafissa , aku memang blur kalau bab-bab cinta ni, aku takder pengalaman pun, yang aku tahu cinta ini adalah mencintai dan dicintai”.
“Yang itu aku tahu , tapi aku taratau samaada dia mencintai aku atau tak, sebab tu aku menyintai dia senyap-senyap”.
“Jadi aku rasa kau patut confess ngan dia, bagi aku apa yang dipendam wajar diluahkan.Apa-apa sahaja yang dipendam harus diluahkan”.
“Tapi kalau dia tolak cinta kau macam mana? Apa yang akan jaid denagn persahabatan kitorang , pasti akan terjejas , aku tak rela jika persahabtan aku denagn dia terjejas aku lebih rela jika kau pendamkan sahaja perasaan ni”.
“Itu aku tahu tapi kalau kau dok pendamkan perasaan ni dan tiba-tiba dia kena rampas dengan orang lain macam mana? , kau kena fikir effect bahagian yang tu pulak”.
“Aku pening sekarang , aku taratau”.
“Aku syorkan kau confess je, itu lebih baik bagi aku kerana jika kau dok pendamkan je perasaan kau pada dia , andai sahaja ada orang rampas dia dari kau , kau juga yang merana aku taknak tengok kawan aku ni berduka”.
Nafissa tersenyum. “Insyaallah, anyway kau balik tak minggu ni?”.
“Balik lah , kau ni , kita kan duduk rumah sekali pun kau nak tanya”.
“Aku saja je, mama duk bising bertanyakan kau lah, bila  Syifah nak balik?, tergugat kedudukan aku sebagai anak bongsu kat dalam family tau tak?”.Ujar Nafissa sambil memjuihkan bibir tanda merajuk.
“Hahahaha, padan muke kau, nanti tergugat la kedudukan kau ea? Hahaha aku sebagai anak angkat je akan rampas tahta kau sebagai anak kandung dalam family tu…. Hahahaha”.Syifah gelak besar.Nafissa menjuihkan bibir tanda merajuk lagi.
“Dahlah kau buat bibir macam tu nya , aku rasa kan kalau nak jemur kain pun boleh guna bibir kau yang panjang macam muncung ititk tu”.Usik Syifah lagi.
“Ye la, kau ni kalau bab-bab mengusik aku memang kau yang pakar kan”.
“Ni kan Nur Kasyifah Iman.Mesti lah”.
“Banyak la kau”.Tiba-tiba terdengar hon kereta dibunyikan.Kedua-dua mereka serentak menoleh.Sufian Iswara melambai-lambai kearah mereka berdua.Mereka berdua terus berlari kea rah abang Is mereka.
“Hye, adik abang ni , asyik dok berbual sampai dah tak ingat kat abang’.Omong Sufian Iswara atau abang Is.
“Hehehe,sorie arr bang , tadi kitorang duk berbual sal orang jatuh cinta, betul tak Nafissa?”.Usik Syifah.
“Saper yang dah jatuh cinta? Kasyi ke?”.Soal abang Is.
“Hahahaha….. ngarut la abang Is nie, Kasyi nak study dulu baru bercinta”.Ujar Syifah dengan bangga , ceh bangga la sangat.Abang Is memanggil Syifah dengan nama Kasyi katanya dia suka nama Kasyi tu.Syifah just on je.
“Adalah bang oiii, malulah orang tu tuhh’.Ujar Syifah sambil menjeling ke arah Nafissa.
“Ooo….nie mesti Nafissa kan?”.Soal abang Is.
Nafissa tertunduk malu sambil berkata dalam hati… “kureng kau Syifah, kau memang tak boleh nak simpan rahsia”.
“Mana ada abang ni, dengar la cakap Syifah yang tak pernah betul tu”.
“Amboi boi asam boi , sedap nye mulut kau cakap, kang aku bocor rahsia kat sini kan naya kau”.Ugut Syifah.
“Rahsia apa?”.Tanya Nafissa pura-pura tatau.
“Pasal ….”.
“Pasal apa?”.
Is hanya menggeleng kepala melihat dua orang budak itu bergaduh. “Dah-dah lah korang bergaduh nya, jom kita balik sekarang.Pergi punggah beg baju kat atas nuh”.Ujar Iswara. Dan mereka berdua terus berlari untuk mengambil beg pakaian yang sudah siap dipacking.
Penat memang penat melayan kerenah anak-anak saudara nya, walaupun dia Cuma anak angkat dalam keluarga besar itu namun dia dilayan seperti anak sendiri, budi baik keluarga itu memang tidak dapat dibalas.
“Kasyi!!!  Mai turun nie”.Panggil Is.
“Kejap bang!”.Dia bangun lalu bergegas turun ke bawah.
Dia turun tangga itu dengan laju.Sampai sahaja di tangga yang terakhir dia terseliuh dan dia hamper-hampir tersemban namun untung Is sempat memautnya.Buat seketika mata mereka berpandangan.Lama mereka berada dalam keadaan begitu.
“Ehem…ehem…. Dah-dah lah dok pegang anak dara orang tu Is”.Tegur kakak sulong Iswara Nabihah.Seperti terkena renjatan elektrik Iswara  melepaskan Kasyi dan Kasyi terus berlalu pergi dari situ.
“kak bi nie , orang nak bermanja-manja pun tak boleh”.Ujar Iswara untuk menutup rasa malu yang menyelubungi dirinya.
“Banyak la kau punya manja-manja , kan akak kasitau kat walid baru kau nak manja-manja”.Omong Nabihah lalu pergi meninggalkan tempat itu.Iswara menarik lafaz lega.Kantoi peluk anak dara orang.
“Abang Is rasa apa pendapat abang kalau kasyi nak pindah dari rumah umi dan walid?”.Soal Kasyifah.Mereka berdua sedang duduk di beranda rumah mereka pada waktu malam, memang itu kebiasaan mereka berdua.Merenung bulan dan bintang sama-sama pada waktu malam.Iswara yang sedang minum nescafe tersentak apabila Kasyifah berkata begitu.
“Abang tak setuju”.
“Tapi bang , Kasyi dah banyak menyusahkan abang sekeluarga.Kasyi nak berdikari bang”.Omong kasyifah.
“Abang cakap tak boleh….tak boleh! Titik!”.Marah Iswara.Kasyifah terus berlalu dari situ.
“Sorie Kasyi , abang sayangkan Kasyi.Abang tamau lepaskan Kasyi pergi”.Dalam diam Iswara bermonolog sendirian.
Dua hari Kasyifah tidak bertegur sapa dengan Iswara, selalunya mereka berdua yang banyak berceloteh di meja makan, namun selepas peristiwa lalu Kasyifah melancarkan perang dingin dengan abangnya itu.Semua keluarga Encik Bahar Cuma senyap sahaja ,mungkin dua orang anak nya itu menghadapi masalah.Apabila ditanya sama Naffisa , Nafissa Cuma mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Kasyifah sedang termenung di dalam kamarnya yang serba biru laut itu sendirian.Memang dia sukakan warna biru laut.Kalau boleh semua bajunya dia ingin warna biru laut.Sedang asyik dia termenung , dia disergah oleh Nafissa.
“Oitt….”.
Kasyifah hamper terjatuh daripada kerusi yang didudukinya itu.
“Giler, kau nie salam pun tak kasi, dibuatnya aku rebah tak bernyawa kat sini naya kau”.
“Hehehehe, aku tak kasi salam sebab aku tahu kau takkan rebah la.Kau nie hissshhh…..”.
“Hishhh apa nya?”.
“Kalau ye nak gaduh ngan abang Is pun jangan lah lama sangat nanti kau jugak yang menyesal”.Nasihat Nafissa.
“Ye la, yang arie tu kau gaduh ngan abang Is tu selama sebulan sape yang tolong? Aku gak kan?”.
Nafissa tertunduk malu. “Er…heheh…. Trimas la”.
“Well”.Ujar Kasyifah sambil menggosok-gosok dagunya yang berbelah itu gaya macam orang yang menang loteri.
“Giler”.Nafissa bangun lalu meninggalkan kasyifah yang sudah terguling-guling ketawa.Macamlah lucu sangat.
Kasyifah turun tangga dengan perlahan-lahan.Dia bimbang terserempak dengan Abang Is.Almaklumlah dah pukul 1 pagi nie, pakcik tu pukul 1 pagi belum tidur selalunya.Tapi tadi sebelum dia turun dia dah check samaada pakcik tu dah tidur ke belum.Dia terdengar pintu bilik ditutup lalu bergegas dia keluar.Perlahan-lahan dia turun tangga gaya macam pencuri je.
Sampai sahaja di dapur dia terus menyelongkar isi peti sejuk.Syifah tersenyum lebar.Buah epal ada , cloud9 pom ada, yess…. Berpesta lah dia malam ni.Dia terjungkit-jungkit menoleh kea rah belakang.Sebaik sahaja dia menoleh, habis terjatuh beberapa biji epal dan tiga bungkus cloud9.Dia kaku.
“Sejak bila kat dalam rumah ni ada pencuri choc dan buah pulak ni?”.Soal Is sambil mengangkat kening double-jerknya itu.Dia Cuma bersinglet dan berseluar pendek.
“Sejak pencuri tu mogok makan”.Selamba sahaja jawapan Syifah.
“Ooo… bagus”.
“Malas la nak layan abang Is , buat perabih Karen adalah”.Syifah menggumam, padahal dia ingin menutup rasa malu yang sudah menguasai dirinya itu.Dia terus berjalan menaiki tangga.Iswara Cuma memerhatikan dia naik.Iswara menggeleng “Kasyi….Kasyi….”.
Pagi itu mereka sekeluarga bersarapan ramai-ramai.
“Umi, semalam kan Is jumpa pencuri buah dan cloud9 mi, hish… ada lah kan orang sanggup mencuri buah , Is tanya lah pencuri tu, kenapa curi buah dan choc…”.Sebelum sempat Is menghabiskan ayat Nafissa terlebih dahulu menyampuk.
“Pastu?”.Soal Nafissa dengan penuh perasaan ingin tahu.Kasyifah Cuma memandang dengan sebal.
“Sabolah, kan sabra tu sebahagian daripada iman dik, assobaru minnal iman”.Sindir Iswara.Nafissa Cuma mencebirkan bibir.
Encik Bahar dan Puan Amalina Cuma tersenyum melihat kerenah kedua-dua anak kandung mereka.
“Sambung je la bang oiii”.Ujar Nafissa.
“Pastu pencuri tu jawab, sejak pencuri tu mogok makan”.Setelah sahaja siap berkata Iswara terus menjeling kea rah Kasyifah yang sedang makan.
“Apa tengok-tengok orang?”.Soal Kasyifah dengan sebal.Nafissa bagai nak rak ketawa.
“Saja nak tengok pencuri mana yang mogok lapar tu”.
“Eleh….. umi tengok abang Is tu”.Omong Kasyifah lagak manja.
“Hahaha…. Kasyi, umi dah 23 tahun tengok abang tahu tak”.Balas Iswara.
“Uwek… terserah, kalau cakap ngan abang, sampai bila tak habis”.Marah Kasyifah sambil menjelirkan lidah.
“Eleh, kalau abang cakap ngan Kasyi pun , abang rasa tak khawin abang”.
“Memang arr abang takkan khawin sebab abang tu tak de orang nak.Perasan!”.
“Huish, abang nie tak der orang nak?, ello Miss Kasyifah Iman, abang nie dekat tempat kerja berlambak orang mintak autograph kay”.
“ye ke? Ntah-ntah mak nyah ataupun gay!”.Bidas Kasyifah.
“Huish! Mulut! Kasyi ni memang tak sayang mulut kan?”.Ujar Iswara sambil menbulatkan mata kearah Kasyi.Kasyifah Cuma amalkan dps.
“Mulut orang!suka ati arr”.
“Uwek!... Kasyi ni memang!”.
“Apa?”.
“Dah lah , Is dengan Syifah ni asyik bergaduh je, apa la nak jadi dengan korang berdua ni”.Ujar Puan Amalyna.
Iswara dengan Kasyifah Cuma tersenyum sumbing.Sejak hari tu mereka berdua tidak lagi bergaduh.
Cuti semester sudah berakhir, inilah masanya untuk kembali sambung belajar.Hell….hell….Nafisaa berjalan menuju ke kamar nya yang baru itu dengan penuh semangat baru.Almaklumlah tahun baru katakan.Masuk semester ni, tinggal tiga semester je lagi.Kalau nursing memang empat tahun mereka perlu study.Sebentar lagi mereka akan mengenggam segulung ijazah.Selesai sahaja berkemas apa yang patut , Kasyifah turun untuk ke kafe.Dalam perjalanan dia terlanggar dengan Abang Riff, senior mereka yang Cuma tinggal satu semester sahaja lagi.
“Amboi Syifah dah tak nampak orang ke?”.Perli Musyriff.
KAsyifah tertunduk malu. “ Bengap la kau ni Syifah, tu la gaduh sangat pe hal”.Kasyifah memarahi dirinya sendiri.Musyriff Cuma merenung Kasyifah dengan perasaan lucu.
“Er….heheh…..sorie Bang Riff, Syifah lapaq , sebab tu Syifah nak cepat, perut Syifah ni dah nyanyi lagu My Wonderwall dah ni, hehehe”.
“Ooo…. Mana merdu kalau Oasis nyanyi ngan perut Syifah nyanyi?”.
“Ouch! Damn it! U won again”.
“Hehehe…. Nie kan Musyriff Danial, rightio?”.
“Ye la tu”.
“So, apa habuan abang Riff kali ni?, remember I have win for three time”.
“Hehehe, jom Syifah treat roti canai telur”.
“Ok…. Asal Syifah belanja”.
“Kedekut betul pak cik ni”.Gumam Syifah sendirian sambil tersenyum.
“Apa Syifah cakap?”.Soal Musyriff.Dia dengar apa yang diomelkan Oleh SYifah.
“Tak de la Syifah just bilang berapa ekor anak itik tok wi”.
“Banyak lah, Syifah punya anak itik tok wi”.
Kasyifah Cuma tersenyum dan Musyriff menggeleng kepala melihat perangai Kasyifah itu.
Sesampai sahaja di gerai mamak , mereka berdua terus duduk di tempat yang disediakan.Kasyifah memesan dua roti canai telur dan dua teh o’ais.Sambil menunggu pesanan siap, mereka berbual-bual mengenai cuti semester.
“So,Syifah apa aktiviti masa cuti?”
“Nothing special”.Ujar Kasyifah.
“Really?”.
“Yup, biasa ja, bang Riff lak ?”.
“Nothing special to”.
“Really?”.
“Yup la”.
Beberapa mili saat kemudian tercetus lah ketawa antara mereka berdua.Masing-masing ketawa besar.
“Lawak la Abang tanya soalan cenggitu,skema boy”.
“Ye kea?, bukan jawapan Syifah ke yang skema giler NOTHING SPECIAL KONON ntah-ntah Syifah dah bertunang kot masa cuti semester tu”.Usik Musyriff.
Syifah terkejut. “Macam mana abang Riff boleh tahu yang Syifah dah bertunang?”.Soal Syifah bertujuan tuk mengusik Musyriff, dia buat muka terkejut.
“Syifah dah bertunang?”.Soal Musyriff lagi.Tak sangka KAsyifah memang dah bertunang.
“Yup, macam mana abang Riff tahu?”.Tanya Syifah lagi.Dalam hati memang lawak giler dia tengok muka Musyriff macam ayam berak kapur.
“Tak de la.So, abang ucapkan tahniah je la kay”.Ujar Musyriff.
“Sesama, abang tahu tak, abang orang first yang tahu Syifah dah bertunang”.Usik SYifah lagi.
Musyriff Cuma tersenyum.Lalu dia berpura-pura menoleh kea rah jam tangan nya. “Ya allah SYifah , sorie ea abang terpaksa pergi dulu, baru abang ingat yang abang ada perjumpaan bagi senior-senior , so abang pergi dulu, bye”.Omong Musyriff lalu meninggalkan tempat itu dengan tergesa-gesa.
Tawa Kasyifah sudah terhambur keluar.Lawak giler tengok muka abang Riff tadi. “Hahahaha…. Abang Riff…abang Rifff…. Mesti dia jealous dan terkejut sebab aku bertunang dulu sebelum dia.Hehehehe….”.Kasyifah tersenyum sendirian.Sebaik sahaja makanan yang di order sampai dia terus memakan makanan itu.Gembira hatinya kerna dapata mengenakan senior yang digilai ramai di university itu.
     Cerpen ini akan bersambung di next part….. Tunggu ea? Hehehehe…..
                                                                                                       SENORITA




2 comments:

  1. sista?
    mana sambungan? dah lama saya menunggu ..
    huhuhu... please cepat2 update your story..
    i always waiting
    n your story is the best among the best

    ReplyDelete
  2. best la anis.. bila nak kuar next cerpen?

    ReplyDelete