sometimes choc makes we feel better...
so u all must eating cloud9 kay??
and don't forget to follow me....


kenkorang pernah terfikir apa maksud CINTA?
memang sungguh aku tatau...
aku just tahu menulis tentang ceritera CINTA...
maksud cinta aku memang tatau...



whether ayat-ayat aku ni macam orang pernah ada pengalaman dalam PERCINTAAN ini tapi sungguh aku katakan yang aku tak pernah bercinta....


aku belajar semua ni daripada novel....
sebab novel adalah inspirasi hidup aku...

dah banyak aku cakap nie...
by the way.... sebelum aku blahh...
aku nak pesan satu je...
masa korang baca cerita dalam blog aku ni..
korang kena ada cloud9 skali...
confirm syok makan cloud9 sambil baca cerita ni..
selamat membaca ea...
don't forget to follow....
SENORITA

Monday, 6 June 2011

couple is trouble

              Banglo di jalan lot13 itu kelihatan terang-benderang . Kamar yang berwarna serba merah campur putih itu juga terang.Seorang gadis sedang ralit melihat laptop nya.Budak remaja zaman sekarang kalau sehari tak menghadap laptop tak sah.Apa lagi yang dibuatnya mestilah facebook.Facebook kini semakin popular di seluruh negara.Gadis itu bernama Syafiqah Nabihah Binti Dato'Razali.Lebih sesuai dan selesa dipanggil Sya sahaja.Sya sedang ralit menulis sesuatu di blognya.Dia nie memang minat gila-gila menulis namun dia tidak bekerja sebagai penulis tetapi sebagai pengusaha kedai buku.
@@@@@@
      Syafiqah tergopoh-gapah menuruni tangga rumahnya.Dia sempat mengerling papa dan mamanya serta adik lelaki nya Syafiq Syahrul yang sedang makan di meja makan yang besar itu.Terdapat mee goreng , nasi goreng , roti bakar dan beberapa pancakes.Dia menarik kerusi lalu duduk di atas kerusi tersebut.
     “Erm…. Sya mesti tidur lewat semalam sebab menulis lagi kat blog eh?”. Tanya papanya Dato’ Razali.Dilihat anak perempuannya  Cuma tersenyum sumbing.
      “A’a pa.Sya sikit lagi nak habiskan novel Antara Dua tu.So, semalam Sya sambung lah tulis.Sowie pa”.
     “Banyak lah akak punya sikit.Slalu bagi alasan macam tu.Dah naik jemu telinga adik, ma dan pa dengar tahu tak?” . Celah adik lelakinya yang selesa dipanggil adik kekadan panggil Syah je.
      “Ala pa sowie la.Plezz…plezz…”.Ujar Sya sambil menunjukkan muka kasihan sama papanya tujuan untuk bermanja.
     “Ye. La untuk anak papa sorang nie , papa akan maafkan tapi jangan sampai tak tidur pulak, tak berseri muka pagi-pagi ni”
      “Ha….ha , I know papa love me.Sayang papa  dan mama”.Syafiqah bangun dan menepuk-nepuk bajunya lalu menuju kea rah papa dan mamanya. “Pa, ma, Sya pergi dulu ek? , nanti mengamuk Si Am tu kalau datang lewat ke kedai , Sya dah tamau debgar ceramah sal masa lak. Cair tahi telinga Sya dengar dia membebel”.
@@@@@@
         “Assalamualaikum ya ahli kubur”.Ujar Syafiqah lalu duduk bersebelahan Am atau Amanie Nadiya.Dia membelek-belek buku yang berada di atas meja itu.Dia pelik melihat Am tidak menjawab salamnya . “Am , tak jawab salam berdosa tau”.
        “Ha.ha.ha.”.Amanie ketawa sepatah-sepatah. “Buat apa aku nak jawab salam kau?.Kau bagi salam kat ahli kubur bukan kat aku, agaknya kau nie dah buta kot.Nie kedai buku bukan tapak perkuburan syeksyen  20”.Omel  Am lalu menjuihkan bibir nya yang berkilat itu tanda protes.
        “Ha….ha….ha…”. Syafiqah ketawa besar. “Okey….okey…. aku minta maaf bebanyak ustazah.Kau nie aku nak gurau sesikit tak boleh.SENSITIF tol  kau tau tak?”.
         “Nie bukan bab-bab sensitive ke tak sensitive .Nie soal my feeling Senorita Syafiqah Nabihah.You have to understand my FEELING, your bff FEELING and kau kena understand Amanie Nadiya FEELING.Kau nie kan memang tak tau menghargai kawan lah”. Am membebel lalu bangun dan meniggalkan Syafiqah yang terpinnga-pingga.Syafiqah tidak pernah melihat teman nya marah sampai gitu sekali .Ni mesti Am ada problem kalo tak takkan dia mare aku sampai gitu.
          Syafiqah bangun lalu menuju kea rah Amanie. “Am, kau cakap bebaik ngan aku, kau ada problem ke?”.Tanya Syafiqah .Dia melihat Amanie diam sahaja. “Am…. plezz. Kita kan kawan , apa sahaja masalah kan kita selalu share bersama , masalah harga minyak naik, masalah negara , masalah stok buku yang tak sampai dan untuk lebih jelas lagi semua masalah termasuk masalah peribadi.
           Amanie membuka mulut. “Huhm…. Aku minta maaf lah pasal aku hangin tak tentu pasal tadi.Actually ma aku cakap kat aku malam tadi yang dia nak jodohkan aku dengan anak seorang kawan nya ni.Kau sendiri tahu kan aku cuak bab-bab nak kawin nie”.Omong Amanie.
              Syafiqah menepuk bahu teman nya itu. “Aku tahu kau cuak sal nie. Dan kau pun tahu kan persepsi kita dedua nie ialah COUPLE IS TROUBLE . So , aku fikir apa kata kau try talk slow-slow ngan ma kau.Aku yakin dan terlebih yakin yang ma kau pasti akan faham dan akan terlebih faham mengenai anak gadis tunggalnya ini kan”.Pujuk Syafiqah lagi.
          “Sya , kau tak kan faham. Nie soal hati dan perasaan . Kau sendiri tahu kan aku nie anak tunggal Dato’ Muzammil , selama nie aku tak pernah membangkang apa yang parents aku kata apa, takkan bab-bab jodoh nie aku nak membangkang kot”.
           “Hehe Sya, aku rasa kan kisah idup kau nie sama cam novel aA+bB.Mula-mula tamau pastu mau.Mahu tapi malu.Ekekekekeke…..”.
           DEBUKKK!!!! Amanie menepuk belakang Syafiqah dengan buku novel Twilight versi bahasa melayu yang dipegangnya kini.Syafiqah menggosok perlahan bahunya yang terasa perit dek dihempuk buku seteal berapa inci entah oleh Si Am nie.
          “Kay … aku dah tobat nasuha dah…. Tapi kau jangan siyes tahap gaban ngan aku …. Aku sebagai pengacara Oprah baru ingin mengisytiharkan bahawa persepsi Amanie Nadiya ialah MARRIAGE IS TROUBLE not anymore COUPLE IS TROUBLE  amacam cantek tak aku punya penyamaran?”. Ujar Syafiqah sambil mengangkat kening double-jerk bak Addin dalam novel aA+bB.
            “Banyak lah kau punya Oprah …”. Kan aku luku kepala anak Dato’ Razali nie baru tau.Ada masa lagi nak buat lawak time darurat ni. “Kan aku dah kata kau takkan faham”.Ujar Amanie. Ada nada mengeluh disitu , macam mana tak mengeluhnya kena paksa kawin ngan orang atau people that never she know.Sungguh macam hikayat aA+bB, tapi aA+bB dedua kenal masa skool agi nie aku muka pom tak pernah tengok.
         “Am, kau dengar bebaik cakap aku nie, kau kena slow talk ngan mama kau.Aku bukan nak suruh kau menderhaka mama kau tapi ini pasal masa depan kau.Mana tau kot-kot lelaki tu mat dadah ke, mat pit ke?”.Omong Syafiqah .Bukan dia bermaksud nak suruh Si Am ni bantah apa parents kata apa, dia just nak kawannya yang sorang nie hepi.Tu je.
           KRING!!!!KRING!!!!KRING!!!!! telefon di dalam SYA_AM BOOKSTORE berbunyi.Sya bergegas mengangkat telefon itu.
          “Hello …. Ini SYA_AM BOOKSTORE. Mahu order buku ?”.Tanya Syafiqah dengan bersopan –santun kalo kat umah nak cakap macam nie.Huh!!! jangan harap lah .
          “May I speak with Amanie Nadiya , Privacy plezz “ . Ujar manusia yang mungkin dan sah lelaki .
Dan Syafiqah pun dengan laju memanggil Amanie.Amanie bergegas mendapatkan telefon itu.
         “Assalamualaikum , nie Amanie Nadiya, who is talking right there now??”.
          “Walaikumsalam, I am Mohd Ezham Haikal , U can just call me Ezham.Saya nie anak kawan mama awak, Datin Noura”.
Amanie terpempan tahap tak ingat.Serta merta telefon yang dipegangnya itu terlucut dari pegangan.Syafiqah pantas meluru kearah Amanie yang dah terduduk.
            “Sya, kau cakap ngan dia ley tak?”.
           “Nie sapew??” . Tanya Syafiqah kebingungan.
            “Mat dadah yang kau kata tadi tu, ko tau tak sebenarnya dia lah yang aku citew kat ko tu”.Syafiqah ketawa besar. “Wow!!!! Panjang lak umur dia kan, Am aku tabik kau , kali ni kau memang tol-tol akan kawin ngan dia”.Ujar Syafiqah sambil Manahan ketawa nya yang sudah terburai.Amanie mencerunkan matanya kea rah Syafiqah.Lantas Syafiqah mengambil telefon itu.
          “Hello…. Amanie?”. Tanya lelaki di corong telefon itu.
          “Erk… sory , nie bukan Amanie.Nie kawan Amanie”.
           “Saya nak cakap dengan Amanie … plezz”. Rayu lelaki itu lagi.
Syafiqah menghulurkan telefon itu ke tangan Amanie namun Amanie tidak mahu menyambutnya.
           “Maaf, tapi kawan saya tamau bercakap ngan awak”. Syafiqah petah berkata-kata .Kembang tekaknya apabila mahu bercakap saya awak.Uweekkk!!!!
            “Tell her… please ready now… I will go to her bookstore”. Klik!!! Gagang diletakkan .Syafiqah hanya mampu terdiam tapi tak lah sampai terduduk cam Si Am nie.
         “Alamak!!!! Gasak lah kau Am kali nie…”.
         Amanie mengangkat muka nya. Dan bertanya ….
         “Kenapa?”
        “Mamat skema tu nak datang sini”.
          Amanie pantas bangun dan mundar-mandir. “ Ya allah… kenapa lah Si Ezham tu degil sangat”.Omong Amanie.
         “Wow… nama dia Ezham ek? . Waduh machogiler nama tu, tak payah la aku panggil dia mat dadah ngan mamat skema lagi”. Syafiqah tersenyum-senyum cam beruk. “ Aik… tapi macam mana kau ley kenal lak ngan dia?”.
        “Dia tu sebenarnya….” . Belum sempat Amanie menghabiskan ayat-ayat cinta nya itu tiba-tiba pintu kedai terkuak dari hadapan dan seorang lelaki yang mukanya iras-iras Lee Min Ho terjengul dari pintu masuk kedai. Amanie kaget. Syafiqah Cuma memberikan senyuman satu saat.Dia lekas menuju kerah kaunter .
        “Encik nak beli buku ke?”. Tanya Syafiqah dengan ramah.
        “Tak. Saya nak jumpa dengan pemilik kedai nie”.Ujar lelaki itu.
Bookstore itu Syafiqah dan Amanie share. Namun Amanie sudah berkata yang Syafiqah adalah pemilik kedai ini.
         “Saya lah pemilik kedai nie, kenapa?”.
Lelaki itu memandang Syafiqah dari atas ke bawah.Amanie awal-awal lagi pergi ke store di belakang.
         “Am, where is your hijab?”. Tanya lelaki itu kebingungan.
         “Oooppsss…. Sorry, nampaknya awak nie dah tersilap orang.Saya Syafiqah not Amanie.”
        “Ouh… my bad …. Can I meet with Amanie ?”. Rayu lelaki itu.
        Syafiqah Cuma berkata … “Nanti saya try cakap kat dia kay?, wait for a minute”.Ujar SYafiqah lalu berlalu dari situ meninggalkan lelaki itu.Dia sampai di hadapan pintu bilik store dan memegang bahu Amanie.
          “Am, kau tak boleh lari dari masalah Am, kau kena selesaikan jugak.Please kalo kau anggap aku nie kawan kau, kau pergi jumpa dia.Aku takut nanti aku tergoda tengok muka dia tu, nanti hilang persepsi aku karang… Naya Am…”.Pujuk Syafiqah . Dan Amanie sudah pun ketawa.
            “Banyak lah kau persepsi konon….”.Amanie berlalu dari situ.Dan Syafiqah pun menuju ke kaunter tujuan mahu mendengar apa yang diomongkan oleh pasangan couple yang tak sah tu.Dia mendengar….
            “Am, kenapa Am tak nak terima Ez , kan kita dah janji dulu masa kecik-kecik yang Ez akan datang dan akan kahwini Am”.Ujar lelaki yang menggelar dirinya Ez itu.
           “Ooo… Ez nama lelaki Korean tu, cool gak kan”. Syafiqah menunjukkan lagak seperti penyiasat plop doh.Dia masih lagi memasang telinga.
            “Ez , tu masa kecik-kecik dulu Ez, pantai pun boleh berubah masakn hati dan perasaan manusia tak leh berubah.Lagipun Ez dah tinggalkan Am kan dulu.Ez pergi belajar oversea dan Ez tak tinggalkan sepatah haram pun berita kat Am.Ez tahu tak? Am tunggu Ez LIMA TAHUN Ez.LIMA TAHUN”. Amanie menunjukkan jari lima tahun dan Syafiqah hanya ternganga .
           “Ez tahu Am, tapi kalau Ez khabarkan berita kat Am and then kita sesame telefon menelefon, Ez takut EZ tak tahan dengar suara Am dan Ez takut Ez tak boleh nak tumpukan study kat sana”.
            “Dah lah Ez , Am tamau dengar dah alasan Ez lagi.Stop…. hubungan kita dah tamat lima tahun dahulu, skunk pun Am I.C.H (Ileks, cheer , hepi) je dengan status single Am nie”.
           “But… Am…”.
Amanie terus berlalu dari situ meninggalkan Ezham yang terkebil-kebil disitu.Syafiqah kaget.Tidak pernah dia melihat Am berkurang ajar sebegitu.Dilihatnya Ezham menuju kearah kaunter dan Syafiqah berlagak mengira sesuatu.
             “Saya tahu awak dengar apa yang kitorang bincangkan tadi…”.Syafiqah tersentak. Ek ena mamat nie aku luku baru tahu kepala dia.
           “Dan jika awak ialah true friend Am, tolong saya untuk dapatkan dia balik boleh?”.
Rayu lelaki itu.Syafiqah berfikir , mahu atau tak eh?. And then dia pun mengangguk.Selepas itu dia dan lelaki itu berbincang.Meraka akan menjalankan plan mereka yang top esok pagi.
@@@@@
        Amanie sedang berkemas-kemas dan Syafiqah meluru masuk ke dalam kedai itu.Dibelakang Syafiqah terdapat dua orang lelaki yang tinngi.Satu rupa macam Lee Min Ho, satu lagi cam Nickhun ahli 2pm tu.Amanie mengangkat mukanya dan dia kaget apabila melihat Ezham ada disitu.Syafiqah Cuma tersengih sumbing.
        Amanie diberitahu oleh Syafiqah bahawa Ezham dan rakannya Syahrul Ilman akan bekerja disini.Amanie mengangguk pun tidak menggeleng pom tidak.
@@@@@
               Kini sudah beberapa bulan Ezham dan Ilman bekerja disitu.Nampaknya memang Syafiqah menyesal mengambil rakan Ezham bekerja sekali di situ, ek tunggu, bukan Syafiqah yang ambil mamat tu kerja kat situ tapi Ezham yang minta izin.Ya Allah memang mamat tu Arrogant tol.Aku sebagai manager pom dia nak pertikaikan keputusan aku.Kureng… Pernah hari tu skali mereka bertekak pasal bola.Antara MU dan BARCELONA.Syafiqah nie memang minat gilak BARCELONA tahap gaban . Masa tu dalam kedai lah, pelanggan tak de so, tengok lah bola. Mereka dedua memang tak sekufu. Sorang M.U, orang BARCELONA. Amanie dan Ezham dah baik dah sekarang Cuma dedua orang nie yang tak sejoin hangin plop. Asyik-asyik gaduh.Macam anjing ngan kucing.
               Pagi ini Syafiqah masuk dengan mood yang okey lah.Dikerlingnya Si Ezham yang ngah uat keje dan dilihat nya si mamat gilakk tu sedang mengelap meja.
              “Am, kau ada nampak tak candies aku yang cloud9 tu?”.Tanya Syafiqah apabila menyedari yang candies nya itu tak de dalam freezer.
               “Ntah lah kau cube tanya Si Ezham ngan Si Ilman tu, mana tahu kot-kot diorang ada ambik ke?”.
              “Ezham kau ada nampak tak candies cloud9 aku?”.
               “Ntah lah tak de pom”.
               “Woit !!! Ilman kau ada ambik tak candies aku yang cloud9 tu?”.
Ilman mengangkat mukanya dan berkata….
                “Await,,, aku sorang je yang kau panggil woit kat depan?”
               Syafiqah mencerunkan matanya…. “Ala… kau ni aku tanya benda ain kau p jawab benda lain, soalan yang kau tanya tu tak de dalam skema jawapan”.
               “Kalau macam tu lah, soalan kau tadi tu pun tak de dalam skema jawapan”.Ilman tersenyum sumbing.Seronok lak dia mengusik gadis cilik ini.
              “Uhh… nie aku tamau tanya kau nie.Perabih air liur je!!!. Marah Syafiqah sambil menjuihkan bibirnya .
Ezham dan Amanie hanya menggelengkan kepala sahaja.Dah start dah.Melihat Syafiqah yang sudah masam cemberut, Ilman meminta izin daripada Amanie untuk keluar membeli sesuatu katanya, padahal nak pergi beli cloud9 Syafiqah yang dimakan nya semalam.
@@@@@
            Pada waktu petang itu, Syafiqah membuka freezer dan kaget melihat dua paket cloud9 yang ada dalam freezer itu.dan dia tahu siapa yang kasi itu coklat. ILMAN tertulis disitu.
Dia lekas menuju kea rah Ilman .
                “Tq, lah kau kasi benda ni kat kau, maaf lah pasal tadi ek?”
Ilman senyum satu saat dan berkata…
              “Okey je, aku just nak ganti balik candies kau yang aku bedal arie tu”.
               “Ooo… rupenya kau yang bedal candies aku tu”.
              “Ye lah… sorry la Sya , aku ingat ke Amanie punya so aku amik je la…”
               “Takpe larr… lagipun kau kan dah ganti balik aku punya candies.”
                “Hehehe… tq Sya.”
             ‘Mos welcome”.
Sunyi kembali.
            “Erm… aku nak boley tak candies kau tu?. Satu je”. Ujar Ilman bertujuan memecahkan kesunyian antara mereka.Syafiqah tersentak.
             “Ooohh… Ambik lah”. Syafiqah menghulurkan satu candies itu kepada Ilman.Ilman menyambutnya dan berkata…
             “Sometimes choc make we feel better”.Ujar Ilman.
             “Kau baca gak eh novel Hlo??”
             “Of course, aku kan the biggest fan hlo…”
              “Uwekk!!! Perasan nak mampus, aku lagi biggest and biggie”.
             “Heheh… aku tamau bertekak ngan kau, kita sama-sama fan hlo yang biggest”.
Syafiqah hanya tersenyum.
@@@@@@

        Sudah beberapa bulan Syafiqah dan Ilman tidak bergaduh.Fuh baik dah diorang nie.
       “Ermm… Sya aku ada satu benda nak cakap kat kau nie…”. Ujar Ilman.
        “Apa?? , nampak gaya cam siyes je nie?”
             “Aku nak kau jadi makwe aku…”.Dengan sekali lafaz je Ilman meluahkan , Caya lah Ilman.
Syafiqah tergaman.Amanie berbisik kepada Ezham yang kebetulan berada di tepinya.
                “Ez, I tak salah dengar ke nie?”
Ezham hanya tersenyum.
               “Memang you tak salah dengar, Ilman dah cakap kat I nak confess semalam.Nie dia ngah confess la nie”.
          Amanie hanya tersenyum.Syafiqah terus berlari menuju ke pintu keluar.Ilman berpaling ke arah Amanie dan Ezham yang jadi penonton.
          “Salah timing Man”.Ujar Ezham. Kedengaran Ilman mengeluh.
@@@@@
               Sejak hari tu memang Syafiqah tak bertegur sapa langsung dengan Ilman.Pagi itu Syafiqah kalut mencari senarai buku yang baru sampai dan terlanggar Ilman dengan tidak sengaja.Ilman merenung Syafiqah dan Syafiqah merenung Ilman.Tetiba berbunyi telefon.Dan Ilman bergegas mengangkat telefon itu dan Syafiqah menyambung kerjanya semula mencari itu punya senarai . Mereka berdua tidak tahu yang mereka berdua sedang diperhatikan oleh Amanie dan Ezham.
              “Ezham , aku rasa aku nak berhenti lah kerja kat sini”.
Ezham tersentak mendengar keputusan teman baiknya.
              “Kenapa kau nka berhenti kerja Man?. Jangan lah Man, aku mohon sesangat, kau jangan putus asa Man, kau kena dapatkan jugak si Sya tu, aku just tak nak kau jadi sasau kalo kau tu tak dapatkan Sya”.Ezham menyuakan pendapatnya itu. “ Aku tau kau separuh mati syangkan dia, tapi kau jangan sesekali berputus asa”.
              “Entahlah Ez , aku pun taratau. Tapi aku dah rancang satu plan yang menarik”.Ilman membisikkan plan yang dikatakan menarik itu. Ezham Cuma menggangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti dan Amanie datang setelah dipanggil oleh Ezham tadi . Amanie pun turut sama terangguk-angguk.
Keesokan pagi Ilman tidak datang ke kerja, Ezham memanggil Syafiqah.
           “Sya , aku nak kasitau satu benda nie”. Ezham melihat Syafiqah menggangguk. “Ilman nak berenti kerja , dia nak tolong bapak dia kat oversea, so sebelum dia berangkat , dia pesan kat aku yang dia nak jumpa kau buat terakhir kali kat lapangan terbang.Terserah lah kau nak pergi atau tak.Aku dah sampaikan”.
Dan setelah itu Syafiqah berlalu menuju ke belakang dengan muka selamba.Sampai sahaja kat belakang dia terduduk dan menangis.
                “Ya Allah kenapa jadi macam ni Ya Allah, kenapa time aku mula sayangkan dia , dia nak pergi jauh dari aku.Kenapa??”.
Syafiqah bangun dan mengesat air mata nya yang meleleh itu.
@@@@@@
           Sesampai sahaja di airport, Syafiqah mencari kelibat Ilman , namun TIADA .Dia berjalan longlai .Tiba-tiba ada orang dari belakang menutup mata Syafiqah .Syafiqah kaget.Lelaki memalingkan muka Syafiqah.
             “Aku dah agak aku pasti akan datang”.
            “Hahaha…. Ntahlah , aku rasa aku dah jatuh syang kat kau kot”.
             “Hehehe… memandangkan kau dah ada kat sini apa kata aku ajak kau kawin cepat  nak tak?”.
             “Mestilah nak….”
             “Kalo macam tu kita pergi umah parents kau nak?”
              “Okey…”
              “And one more…”
                “Apa??”
              “Kita tak yah couple la kay??”.
Syafiqah hanya tersenyum dan berkata…
             “Okey… sebab bagi aku COUPLE IS TROUBLE kan-kan??”
              “Yupp….No hal… jom…”
Dan mereka dedua sama-sama berjalan menuju ke pintu keluar .
@@@@@
           “Amboi kak Sya, hepi berseri-seri Sya nampak”.Ujar adik lelakinya Syahrul.
           “Mestilah akak hepi sebab esok akak kan nak kawin”.
          “Ye la kak, nanti adik akan kehilangan kakak terchenta nie. Tapi kan kak, mesti besh cebab akak kawin serentak ngan kak Am kan.Double marriage kak..”.
              Kini tiba sudah hari perkhawinan Syafiqah dengan Ilman dan Amanie dengan Ezham.Setelah kedua-dua lelaki itu melafazkan ijabkabul maka sahlah Syafiqah dan Amanie menjadi isteri kepada kedua-dua lelaki itu.Hebat kan mereka, tak payah couple pom terus kawin.Hehehe…
                                                                    TAMAT
P/S : Sorry lah kalo jalan citew story nie macam kureng sikit, sebenarnya saya nak uat panjang lagi tapi kalo panjang terlajak nanti tak jadi cerpen dah… And tak lupe juga tq 4 Ed Sassin atau nurul hayatie kerana menginspirasikan tajuk citew nie kepada saya…
                                                                                                                     SENORITA…….


5 comments:

  1. Cerpen ek/ x sabar kak WC nak tunggu

    ReplyDelete
  2. hehe.... a'a.... takdew mood ag nak uat novel...

    ReplyDelete
  3. hehehe... dah siap pom citew nie... tapi kureng lah cikit ...sowie kay...

    ReplyDelete
  4. anis naper jlan citer dia bnyak kepada sifat ko huhu

    ReplyDelete